Aku dan UMRAH (Part Mekah)

    


    Masa yang dinanti-nantikan untuk aku melaksanakan ibadah Umrah, Dari Madinah menuju ke Mekah. Aku berniat umrah di Miqat Bir Ali sebagai melaksanakan salah satu rukun ibadah Umrah. Semua ibadah umrah ni aku berpandukan buku yang diberikan semasa kursus dan juga mengikut Mutawif. Kalau korang nak tahu step yang lebih lanjut, tekan la link ni. Sebab nanti panjang plak storyline aku. Yang Best nya dekat sini air zam zam kau boleh teguk je berapa banyak yang ko nak minum. Lepas tu kawasan ka'abah tu luas, takda masalah ko nak buat ibadah tawaf, cumanya lagi jauh kau dengan ka'abah, lagi jauh la jarak ko nak kene tawaf, tapi kalau kau untung, silap-silap dapat cium hajarul aswad dengan masuk Hijr Ismail. Inikan pula kau nak pegang dinding ka'abah tu kan..

       Aku duduk dekat dengan tower jam tu. Subuh aku yang pertama hampir terbabas, Jadinya, nak rebutkan pahala yang banyak punya pasal, aku sambung je saf dekat perkarangan hotel tu. Entah dapat ke tak 1000x ganjaran pahala dengan pahala berjemaah tu bila aku fikir semula, entah bersambung ke tak saf tu. Tapi jadi pengajaran la bagi aku lepas ni jangan bergegas lambat bila dah masuk waktu solat. Lagipun sambil tunggu masuk waktu solat, korang boleh buat ibadah lain dekat situ seperti baca al-quran, tawaf, solat dan ibadah sunat yang lain nya.

    Cerita pasal tawaf sunat, aku ada satu pengalaman. Aku habis je tawaf, aku tak sedar dah masuk waktu solat. Aku bole pula nak keluar dari Ka'abah tu. Aku bole terlupa, aku tak taw la tentera ke apa yang jaga tempat tu, tapi dia punya marah dekat aku, dia tak bagi aku keluar. Dia suruh masuk semula dalam bahasa arab tapi aku tak paham. Aku agak-agak je la kan. Sekali iqomat, baru aku sedar kenapa dia tak bagi aku keluar dan patut la orang lain berpusu-pusu untuk masuk menghala ke Ka'abah dan masa ini jugak la aku sepatutnya dapat lagi satu peluang iaitu untuk mencium hajaratul aswad. Aku punya saf waktu tu takda la jauh ke belakang dan aku betul-betul berhadapan dengan hajaratul aswad tu. Selesai je salam, aku tengok orang semua melompat dekat hajaratul aswad tu. Rugi betul rasanya tapi nak menyesal pun dah tak guna dah kan.

    Dekat dalam tower clock tu ada Hotel dan Mall. Ada la satu kali aku masuk dalam Mall tu. Aku tengok directory ada Bahagian Entertainment. Aku pun cari la dekat dalam Mall tu tapi tak jumpa. Aku pun tak tahu la mana datang aku punya otak waktu tu, aku boleh nak tanya Pak Arab dekat situ. Terus aku kene basuh dalam bahasa Arab, yang aku paham dia banyak kali ulang "This is Haram, haram." Banyak kali jugak la dia ulang. Dalam hati aku kata ada bagus juga pak arab tu basuh aku macam tu. Mungkin dia nak sedarkan aku untuk perbanyakkan Amalan daripada perbuatan Lagha agakanya,kut.

    Tetapi cerita pasal Haram. Aku teringat ada satu malam aku nak balik hotel beradu, ada ramai pak arab bawak kereta pandang aku dan kata "haram,haram." Aku pun pelik la apahal pulak dia melaung-laung "haram, haram." Dah la hampir semua pak arab dekat situ nampak aku je sebut "haram, haram." Esoknya aku pun teringat, aku pun tanya la mutawif. Rupa-rupanya dorang tu macam Grab, nak bawak kita pergi berniat di Miqat untuk buat Umrah.

    Kesimpulannya, memang best la kalau buat travel umrah ni. Memang banyak tempat yang kita akan lawati selain Mekah dan Madinah. Ye la, maksud umrah pun melawatkan. Tapi kalau tanya aku antara Madinah dan Mekah, aku akan pilih Madinah, Aku tak tahu la kenapa aku suka Madinah. Tempat tu memang tenang dan mendamaikan. Masa aku pergi ke Thaif pun best juga tapi entahlah hati aku memang jatuh cinta dengan Madinah. Akhir sekali, kalau ikutkan ada banyak kenangan dan pengalaman semasa buat Umrah ni kerana selain ibadah, ia juga adalah satu pengalaman lawatan yang menyeronokkan.

Comments

Popular posts from this blog

Aku dan Minyak Wangi

Aku dan perjuangan

Aku dan UMRAH (Part Madinah)