Aku dan Minyak Wangi

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

 Assalamualaikum (Salam Sejahtera) Semua,


    Aku mulakan blog aku dengan kisah yang harum. Aku ni jenis sempoi orangnya, Pakaian aku kebiasaannya baju pagoda, seluar track dan selipar jepun. Suatu hari aku pergi ke pasar raya untuk membeli barang dapur. Kalau tak silap aku, waktu tu selepas PKP. Aku lalu di depan kedai menjual Minyak Wangi (perfumes). Awek promoter yang bagi tester minyak wangi ni memang lawa orangnya tapi aku tak tahu la kenapa dia punyalah benci dekat aku. Punyalah dia marah dekat aku, antara katanya yang aku ingat "kau tu coolie, tak mampu, kau pakai la wangi macam mana pun tetap busuk." Sehinggakan ada seorang Brother di booth berdekatan menarik aku kedainya untuk membeli barang di kedainya, tetapi apa kan daya waktu itu duit yang aku bawa memang untuk membeli barang keperluan dapur.


    Kata-kata awek promoter perfumes tu memang memberi kesan kepada aku. Kali ini aku sengaja pergi ke pusat membeli belah yang terkemuka di lembah klang, Dengan pakaian yang sama, aku masuk ke salah satu kedai perfumes yang terkemuka di situ. Ada sorang awek cun menyapa aku "Encik cari perfumes apa?" Aku pun menjawab "saya saja nak tengok-tengok." lalu dia bertanyakan kepada aku "Encik nak tester ke?" Aku pun apa lagi cemas lah, risau diherdik sama seperti hari itu. Dalam hati aku habislah aku, dah tahu coolie nak bau wangi. Aku pun berkata kepadanya "tidak mengapalah." tetapi dia terus menahan aku dan menyembur aku dengan minyak wangi yang paling premium dekat situ. Habis depan belakang (sekeliling) aku di semburnya, Memang harum bau Aku hari tu.

 

    Bila dah layanan macam tu, aku pun rasa segan. Sudahnya tak pasal-pasal abes sebulan gaji aku keluar  dari butik perfumes tu. Memang tahun tu aku la yang paling wangi tetapi sebulan jugak la aku duk termenung. Lepas ni kalau aku nak bau wangi memang aku pakai minyak wangi wakaf masjid je la. Tobat aku nak beli minyak wangi lagi. So, Moral of story dekat sini, kalau awek tu cun, dia cakap semua betul. Kalau aku dengar cakap dia tak beli minyak wangi, xda la sebulan aku termenung. Huu..

Comments

Popular posts from this blog

Aku dan perjuangan

Aku dan UMRAH (Part Madinah)