Aku dan UMRAH (Part Madinah)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum (salam sejahtera) semua,


    Aku takda la nak kongsi banyak sangat sebab aku pun baru pergi sekali je tapi baru aku tahu kenapa orang yang dah pernah pergi Umrah/Haji (Mekah dan Madinah) ni akan pergi lagi. Mungkin sebabnya tempat tu memang tempat yang paling sesuai nak healing, sangat tenang. Aku pun rasa kalau ada rezeki memang nak pergi lagi. Masa aku pergi tu waktu musim dingin (hujung tahun). Masa aku sampai airport Jedah tu sambil aku tunggu bas, aku mana reti duduk diam, aku ingat aku nak merayap la keluar airport, sekali ribut da. Aku pun tunggu je la bas untuk berangkat ke Madinah.


    Hotel aku takda la jauh sangat dengan Masjid Nabawi, berdekatan dengan Masjid Saidina Abu Bakar kalau tak silap la. Tapi kau langkah je kaki ke dalam Masjid Nabawi tu memang tenang. Cumanya pesanan aku, kau jangan cari Ka'abah plak, memang tak jumpa dekat situ. Maklumlah, pengalaman aku yang jahil waktu tu cemas jugak masuk-masuk tak nampak ka'abah. Excited punya pasal, sampai confius Madinah dengan Mekah. Lepas tu pesanan aku pasal selipar hilang tu betul tapi kebiasaan nya selipar bukan hilang tapi kau yang salah letak sebabnya pintu dekat situ hampir sama je semuanya. kalau kau tak nak cemas, kau bawak sekali plastik (beg) selipar. Takda la kau risau lupa letak selipar dekat pintu mana nanti.


    Pengalaman aku dekat Raudhah plak, banyak kali aku cuba nak try. Setiap waktu, ada jugak aku try lewat malam tapi memang tak dapat, memang padat, sentiasa je ada orang. Cumanya peluang bukan datang bergolek, ada satu waktu solat tu aku dah dapat saf yang paling hampir dengan raudhah tapi waktu tu aku mungkin tak berniat,kut. Lepas je bagi salam aku tengok ramai dah serbu tempat tu, baru aku sedar depan aku dah kawasan Raudhah, sudahnya aku dapat berdoa je dekat situ. Cumanya tak puas la kan. 


    Tapi peristiwa yang paling aku tak boleh lupa, yang paling aku ingat dekat Masjid Nabawi, selepas solat akan ada aktiviti di tiang-tiang (sudut) dalam masjid tu. Kau boleh lah pilih nak dengar tazkirah ke bacaan Al-quran ke dan sebagainya. Aku plak tak tahu la kenapa aku pilih nak dengar Al-quran. Ye la, kalau tazkirah plak banyak yang bahasa arab, tak pun english. Jadinya mungkin sebab tu aku pilih nak dengar bacaan Al-quran. Aku pun duduk la dekat belakang Brother Arab yang dalam kolompok tazkirah tu, bajet kononnya aku nak dengar je sebab kita sedar kita insan kerdil lagi jahil. Sekali imam (ketua) tu suruh brother tu bagi aku Al-quran dia nak jugak dengar aku baca. Memang haru la sudut tu waktu tu. Elok-elok orang semua bertadarus, sampai dekat aku terus jadi kelas belajar membaca Al-quran. Pasal aku semua kene baca ayat lazim. Memang dia sunguh-sunguh betulkan bacaan. Aku rasa lebih 5x jugak la dia betulkan aku punya Al-Fatihah, nak sampai ke waktu solat yang seterusnya jugak la. 😅


    Kesimpulannya, dekat Madinah ni kau pulun je la buat amal ibadah. sebab nabi pernah bersabda fadilatnya 1000x dari ibadah di tempat lainnya. Jadinya, kau standby je la lotion pelembab dan ubat-ubatan, supaya kekal cergas di sana dan aku arap la perkongsian aku ni kan, mana la taw la kan pengalaman aku ni kan, bole dijadikan rujukan atau semangat ke iktibar ke untuk korang berada di sanakan dan akhir kata, sebelum sambung babak kedua di Mekah, aku tinggalkan sedikit perkongsian kata-kata imam syafie:




Comments

Popular posts from this blog

Aku dan Minyak Wangi

Aku dan perjuangan