Posts

Aku dan perjuangan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ  Assalamualaikum (selamat sejahtera).     Aku dilahirkan dan dibesarkan di Petaling Jaya. Hidup di dalam keluarga yang sederhana, dibesarkan oleh keluarga yang penuh kasih sayang dan aku bersekolah di sekolah kebangsaan. Di situlah permulaan aku membaca, dari membaca keratan akhbar sehinggalah buku-buku, majalah-majalah dan juga komik. Selain bermain dengan kawan-kawan, aku juga gemar menonton televisyen (TV). Waktu itu, TV adalah medium perkongsian maklumat seperti berita dan hiburan. Tidak seperti hari ini, semuanya di hujung jari.     Kalau tak silap aku, permulaan kisah perjuangan aku pada waktu itu adalah penghujung peperangan di Bosnia dan Herzegovina. Aku terlihat di kaca TV tentang membuat kutipan derma untuk membantu negara tersebut termasuk hebahan di dada akhbar. Aku mula tertanya-tanya tentang kempen kutipan derma ini di sekolah. Pada mulanya aku bertanya pada ibu bapa aku tetapi katanya "lebih elok kamu bertanya kepada pihak sekola

Aku dan UMRAH (Part Mekah)

          Masa yang dinanti-nantikan untuk aku melaksanakan ibadah Umrah, Dari Madinah menuju ke Mekah. Aku berniat umrah di Miqat Bir Ali sebagai melaksanakan salah satu rukun ibadah Umrah. Semua ibadah umrah ni aku berpandukan buku yang diberikan semasa kursus dan juga mengikut Mutawif. Kalau korang nak tahu step yang lebih lanjut, tekan la  link  ni. Sebab nanti panjang plak storyline aku. Yang Best nya dekat sini air zam zam kau boleh teguk je berapa banyak yang ko nak minum. Lepas tu kawasan ka'abah tu luas, takda masalah ko nak buat ibadah tawaf, cumanya lagi jauh kau dengan ka'abah, lagi jauh la jarak ko nak kene tawaf, tapi kalau kau untung, silap-silap dapat cium hajarul aswad dengan masuk Hijr Ismail. Inikan pula kau nak pegang dinding ka'abah tu kan..         Aku duduk dekat dengan tower jam tu. Subuh aku yang pertama hampir terbabas, Jadinya, nak rebutkan pahala yang banyak punya pasal, aku sambung je saf dekat perkarangan hotel tu. Entah dapat ke tak 1000x g

Aku dan UMRAH (Part Madinah)

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Assalamualaikum (salam sejahtera) semua,     Aku takda la nak kongsi banyak sangat sebab aku pun baru pergi sekali je tapi baru aku tahu kenapa orang yang dah pernah pergi Umrah/Haji (Mekah dan Madinah) ni akan pergi lagi. Mungkin sebabnya tempat tu memang tempat yang paling sesuai nak healing , sangat tenang. Aku pun rasa kalau ada rezeki memang nak pergi lagi. Masa aku pergi tu waktu musim dingin (hujung tahun). Masa aku sampai airport Jedah tu sambil aku tunggu bas, aku mana reti duduk diam, aku ingat aku nak merayap la keluar airport, sekali ribut da. Aku pun tunggu je la bas untuk berangkat ke Madinah .     Hotel aku takda la jauh sangat dengan Masjid Nabawi , berdekatan dengan Masjid Saidina Abu Bakar kalau tak silap la. Tapi kau langkah je kaki ke dalam Masjid Nabawi tu memang tenang. Cumanya pesanan aku, kau jangan cari Ka'abah plak, memang tak jumpa dekat situ. Maklumlah, pengalaman aku yang jahil waktu tu cemas jugak masuk-masuk tak

Aku dan Minyak Wangi

  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ  Assalamualaikum (Salam Sejahtera) Semua,      Aku mulakan blog aku dengan kisah yang harum. Aku ni jenis sempoi orangnya, Pakaian aku kebiasaannya baju pagoda, seluar track dan selipar jepun. Suatu hari aku pergi ke pasar raya untuk membeli barang dapur. Kalau tak silap aku, waktu tu selepas PKP. Aku lalu di depan kedai menjual Minyak Wangi ( perfumes ). Awek promoter yang bagi tester minyak wangi ni memang lawa orangnya tapi aku tak tahu la kenapa dia punyalah benci dekat aku. Punyalah dia marah dekat aku, antara katanya yang aku ingat "kau tu coolie , tak mampu, kau pakai la wangi macam mana pun tetap busuk." Sehinggakan ada seorang Brother di booth berdekatan menarik aku kedainya untuk membeli barang di kedainya, tetapi apa kan daya waktu itu duit yang aku bawa memang untuk membeli barang keperluan dapur.      Kata-kata awek promoter perfumes tu memang memberi kesan kepada aku. Kali ini aku sengaja pergi ke pusat membeli belah y