Posts

Showing posts from June, 2024

Aku dan perjuangan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ  Assalamualaikum (selamat sejahtera).     Aku dilahirkan dan dibesarkan di Petaling Jaya. Hidup di dalam keluarga yang sederhana, dibesarkan oleh keluarga yang penuh kasih sayang dan aku bersekolah di sekolah kebangsaan. Di situlah permulaan aku membaca, dari membaca keratan akhbar sehinggalah buku-buku, majalah-majalah dan juga komik. Selain bermain dengan kawan-kawan, aku juga gemar menonton televisyen (TV). Waktu itu, TV adalah medium perkongsian maklumat seperti berita dan hiburan. Tidak seperti hari ini, semuanya di hujung jari.     Kalau tak silap aku, permulaan kisah perjuangan aku pada waktu itu adalah penghujung peperangan di Bosnia dan Herzegovina. Aku terlihat di kaca TV tentang membuat kutipan derma untuk membantu negara tersebut termasuk hebahan di dada akhbar. Aku mula tertanya-tanya tentang kempen kutipan derma ini di sekolah. Pada mulanya aku bertanya pada ibu bapa aku tetapi katanya "lebih elok kamu bertanya kepada pihak sekola