Posts

Showing posts from March, 2024

Aku dan UMRAH (Part Mekah)

          Masa yang dinanti-nantikan untuk aku melaksanakan ibadah Umrah, Dari Madinah menuju ke Mekah. Aku berniat umrah di Miqat Bir Ali sebagai melaksanakan salah satu rukun ibadah Umrah. Semua ibadah umrah ni aku berpandukan buku yang diberikan semasa kursus dan juga mengikut Mutawif. Kalau korang nak tahu step yang lebih lanjut, tekan la  link  ni. Sebab nanti panjang plak storyline aku. Yang Best nya dekat sini air zam zam kau boleh teguk je berapa banyak yang ko nak minum. Lepas tu kawasan ka'abah tu luas, takda masalah ko nak buat ibadah tawaf, cumanya lagi jauh kau dengan ka'abah, lagi jauh la jarak ko nak kene tawaf, tapi kalau kau untung, silap-silap dapat cium hajarul aswad dengan masuk Hijr Ismail. Inikan pula kau nak pegang dinding ka'abah tu kan..         Aku duduk dekat dengan tower jam tu. Subuh aku yang pertama hampir terbabas, Jadinya, nak rebutkan pahala yang banyak punya pasal, aku sambung je saf dekat perkarangan hotel tu. Entah dapat ke tak 1000x g