Posts

Showing posts from December, 2023

Aku dan Minyak Wangi

  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ  Assalamualaikum (Salam Sejahtera) Semua,      Aku mulakan blog aku dengan kisah yang harum. Aku ni jenis sempoi orangnya, Pakaian aku kebiasaannya baju pagoda, seluar track dan selipar jepun. Suatu hari aku pergi ke pasar raya untuk membeli barang dapur. Kalau tak silap aku, waktu tu selepas PKP. Aku lalu di depan kedai menjual Minyak Wangi ( perfumes ). Awek promoter yang bagi tester minyak wangi ni memang lawa orangnya tapi aku tak tahu la kenapa dia punyalah benci dekat aku. Punyalah dia marah dekat aku, antara katanya yang aku ingat "kau tu coolie , tak mampu, kau pakai la wangi macam mana pun tetap busuk." Sehinggakan ada seorang Brother di booth berdekatan menarik aku kedainya untuk membeli barang di kedainya, tetapi apa kan daya waktu itu duit yang aku bawa memang untuk membeli barang keperluan dapur.      Kata-kata awek promoter perfumes tu memang memberi kesan kepada aku. Kali ini aku sengaja pergi ke pusat membeli belah y